Tuesday, September 8, 2009

laporan kumpulan3

LAPORAN KUMPULAN 3


AHLI KUMPULAN:
Farah Diana Ahmad Jaffery
Safhwan Bin Kulim
Siti Affisah binti Samin
Tham Sew Gie

PEMBENTANGAN PERTAMA:
Melaksanakan Aktiviti Prabacaan


TAJUK TUGASAN : Melaksanakan aktiviti pengamatan penglihatan
NAMA BAHAN: “Sama Tapi Tak Serupa”

PENGGUNAAN BAHAN:
1. Beberapa murid akan diminta berbaris di hadapan kelas.
2. Murid akan melihat dua set gambar yang hampir sama dan memikirkan perbezaannya.
3. Murid akan diarahkan untuk menyatakan dan menandakan perbezaaan yang terdapat di dalam kedua-dua set gambar yang telah disediakan.
4. Selepas itu, murid akan mengenal pasti nama setiap benda di dalam gambar tersebut.


KEKUATAN:
1. Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang disediakan mudah untuk dialihkan.
2. Susunan bahan(gambar) yang menarik.
3. Set gambar yang mudah untuk dipelajari (alat-alat tulis).

KOMEN/PENDAPAT:
1. Murid yang lemah dalam penglihatan sukar untuk melakukan aktiviti ini.
2. Warna perlulah menarik minat murid-murid untuk belajar.
3. Bahan hendaklah diperbuat daripada bahan yang lebih kukuh.

TAJUK TUGASAN: Melaksanakan aktiviti pengamatan penglihatan
NAMA BAHAN: Dimanakah Saya?

PENGGUNAAN BAHAN:
1. Aktiviti ini memerlukan murid-murid mencari huruf yang terdapat di dalam bahan bantu mengajar yang telah disediakan.
2. Murid diberikan satu huruf oleh guru. Seterusnya murid akan mencari padanan huruf yang dipegang dengan huruf yang terdapat di dalam papan huruf yang telah disediakan.
3. Selepas berjaya mencari padanan huruf, murid dikehendaki melekatkan huruf tersebut di atas papan huruf.

KEKUATAN:
1. Warna huruf yang digunakan terang dan dapat menarik perhatian murid-murid.
2. Bahan yang digunakan adalah kukuh kerana mengunakan bahan yang keras dan tahan lama.
3. Menggunakan huruf Besar sahaja bagi mengelakkan kekeliruan dengan huruf kecil.

KOMEN/PENDAPAT:
1. Bahan Bantu Mengajar (BBM) perlu lebih menarik.
2. Huruf haruslah besar bagi memudahkan murid-murid melihat.
3. Lakaran huruf haruslah sama dengan format huruf yang standard.

TAJUK TUGASAN: Melaksanakan aktiviti pengamatan pendengaran
NAMA BAHAN: “Dengar saya”
PENGGUNAAN BAHAN:
1. Aktiviti ini menggunakan bahan elektronik kerana memerlukan bunyi-bunyi yang akan di dengari oleh murid-murid.
2. Bahan disediakan dalam bentuk persembahan Powerpoint.
3. Pada awal pembelajaran, guru akan menyoal murid-murid tentang bunyi-bunyi yang pernah mereka dengar serta menamakan bunyi tersebut.
4. Sekiranya murid sudah menyatakan apakah bunyi yang mereka dengar, nama dan gambar benda tersebut akan dipamerkan bagi memastikan jawapan yang diberikan betul atau sebaliknya.

KEKUATAN:
1. Bunyi yang digunakan amat mudah untuk didengari.
2. Bahan elektronik menarik minat murid-murid.
3. Murid-murid akan bersungguh-sungguh untuk melakukan aktiviti ini kerana aktiviti ini memerlukan murid-murid untuk berfikir.

KOMEN/PENDAPAT:
1. Murid yang lemah dalam pendengaran sukar untuk melakukan aktiviti ini.
2. Bunyi-bunyi yang digunakan haruslah yang pernah didengari oleh murid-murid.
3. Persembahan Powerpoint yang disediakan haruslah menarik.

TAJUK TUGASAN: Melaksanakan aktiviti pergerakan tangan dan mata
NAMA BAHAN: “Cari jalan keluar”

PENGGUNAAN BAHAN:
1. Aktiviti ini adalah aktiviti permainan mencari jalan keluar bagi soalan yang diberi.
2. Setiap murid mendapat soalan yang sama dan bersama-sama melakukannya.
3. Murid akan diberikan satu had masa untuk melakukan aktiviti tersebut.

KEKUATAN:
1. Aktiviti yang dilakukan ini menarik minat murid-murid.
2. Semua murid boleh melakukan aktiviti ini bersama-sama.
3. Tahap kesukaran untuk aktiviti ini selaras dengan tahap kemampuan murid.
4. Menggalakkan persaingan sihat di kalangan murid.

KOMEN/PENDAPAT:
1. Bahan yang digunakan tidak tahan lama dan mudah rosak.
2. Bahan yang dibuat haruslah besar dan menarik.


PEMBENTANGAN KEDUA:
Bengkel Aktiviti Pratulisan

TAJUK TUGASAN : Melaksanakan aktiviti membuat corak, menyambung titik, memadankan bentuk dan lain-lain.
NAMA BAHAN: “Jendela Ilmu”

PENGGUNAAN BAHAN:
1. Pertama sekali, satu kotak gambar utama akan dibuka. Terdapat pelbagai gambar yang terdapat di dalam kotak tersebut. Hanya satu gambar yang diperlihatkan kepada murid.
2. Kedua, murid dikehendaki mencari padanan gambar yang dilihat di kotak gambar utama dengan gambar yang terdapat di dalam kotak lain.
3. Gambar yang digunakan boleh dipelbagaikan. Gambar huruf disediakan dalam bahan ini agar menepati tujuan tugasan iaitu untuk aktiviti Pratulisan.

KEKUATAN:
1. Bahan ini mudah untuk dialihkan.
2. Susunan bahan yang menarik
3. Set gambar yang mudah untuk dipelajari (alat-alat tulis)

KOMEN/PENDAPAT:
1. Murid yang lemah dalam penglihatan mengalami kesukaran dalam melakukan aktiviti ini.
1. Gambar yang disediakan haruslah dikaitkan dengan huruf.
2. Kombinasi warna bahan yang lebih menarik.
3. Gambar bawah digantikan dengan huruf.
4. Saiz kotak yang lebih kecil supaya mudah untuk diputarkan.
5. Arahan penggunaan bahan bantu mengajar yang mudah dan jelas untuk difahami oleh murid.













TAJUK TUGASAN : Melaksanakan aktiviti membentuk huruf.
NAMA BAHAN: “Huruf Hiasan”

PENGGUNAAN BAHAN:
1. Aktiviti ini menggunakan teknik kolaj.
2. Murid akan diberikan bahan (kertas pelbagai warna) yang telah digunting oleh guru.
3. Menggunakan gam cecair untuk melekatkan kertas di atas huruf yang telah dilakar oleh guru. Murid dibimbing oleh guru untuk membentuk huruf yang menarik mengikut kreativiti murid itu sendiri.
4. Pendedahan awal kepada murid-murid tentang huruf-huruf sebelum mereka belajar menulis.

KEKUATAN:
1. Murid-murid dapat mengenal bentuk huruf sebelum belajar menulis.
2. Dapat menarik minat murid-murid untuk melakukan aktiviti ini.

KOMEN/PENDAPAT:
1. Tapak bahan harus lebih kukuh.
2. Menggunakan bahan yang menarik dan tahan lama.
3. Menggunakan bahan yang selamat untuk digunakan.